Sewa Starlink Mini

Internet laju di mana sahaja, walaupun tiada line.

Sewa Starlink Mini untuk camping, memancing, event dan kerja luar. Sebesar laptop, setup kurang 5 minit, laju sehingga 300+ Mbps.

Serendah RM40 sehari untuk sewaan bulanan. Tiada kontrak, tiada minimum hari!

Sewa Starlink Mini Malaysia

Sewa Starlink Mini di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur

Sampai campsite, pulau atau tapak projek, signal telco hilang. Hotspot telefon lemah, data cepat habis bila satu group berkongsi, dan WiFi tempat event tak boleh diharap.

  • Terus ke satelit

    Internet laju di lokasi tanpa liputan telco, asalkan nampak langit.

  • WiFi untuk satu group

    Satu kit, semua orang boleh online serentak.

  • Plug & play

    Halakan ke langit, sambung kuasa, siap. Tiada teknikal.

  • Sewa ikut hari

    Bayar untuk hari yang anda guna sahaja.

Kecil, ringan, tapi laju.

Versi paling mudah alih dari Starlink, direka untuk dibawa ke mana-mana.

  • Muat dalam beg

    Lebih kurang saiz laptop. Senang bawa dalam kereta, bot atau backpack.

  • Router WiFi terbina dalam

    Tiada router berasingan. Terus sambung telefon, tablet dan laptop.

  • Kuasa fleksibel

    Guna soket biasa, powerbank USB-C PD 100W atau power station.

  • Setup kurang 5 minit

    App Starlink bantu cari posisi terbaik untuk isyarat.

  • Tahan cuaca

    Kalis hujan dan habuk, sesuai untuk cuaca Malaysia.

  • Laju & latensi rendah

    Cukup untuk video call, meeting online, live TikTok/Facebook dan streaming.

Spesifikasi Starlink Mini

Berat
~1.1 kg
Kelajuan
Sehingga 100+ Mbps
Kalis cuaca
IP67
Peranti
Sehingga 128
Penggunaan kuasa
Purata 25–40W
Input kuasa
USB-C PD 100W atau 12–48V DC

Kelajuan sebenar bergantung pada lokasi, cuaca dan kesesakan rangkaian.

Sesuai untuk setiap aktiviti luar.

  • Aktiviti Outdoor

    Camping, Glamping, Hiking, Trekking

  • Memancing & pulau

    Di tasik, empangan atau pulau, kekal online untuk kecemasan dan komunikasi.

  • Event & majlis

    Kenduri, booth, bazar dan sukan, untuk POS, QR payment dan live stream.

  • Kerja luar & tapak projek

    Tapak binaan, ladang dan kerja survey. Hantar laporan dan video call dari lapangan.

  • Road trip & caravan

    Balik kampung atau jelajah, internet stabil di mana-mana hentian.

  • Sandaran & kecemasan

    Backup bila fiber terputus, atau untuk komunikasi semasa banjir dan bencana.

Online dalam 4 langkah.

Tak perlu pakar IT. Kalau boleh cas telefon, anda boleh setup Starlink Mini.

  1. Cari langit terbuka

    Pilih kawasan tanpa halangan pokok, bumbung atau bangunan tinggi.

  2. Buka kickstand

    Letak di permukaan rata dengan muka menghala ke langit.

  3. Sambung kuasa

    Palam ke soket, powerbank USB-C PD atau power station.

  4. Sambung WiFi

    Dalam beberapa minit, sambung ke WiFi Starlink dan terus online.

Kenapa sewa lebih berbaloi?

Kalau guna sekali-sekala, beli sendiri selalunya membazir.

Beli sendiriSewa dengan kami
Kos awal✕Bayar harga kit penuh di depan✓Bayar ikut hari guna sahaja
Kos bulanan✕Langganan berterusan walaupun jarang guna✓Tiada langganan, tiada kontrak
Setup✕Urus akaun, aktivasi dan pelan sendiri✓Kit siap aktif, terus guna
Risiko✕Beli tapi mungkin tak sesuai dengan kegunaan anda✓Cuba dulu sebelum buat keputusan beli

Harga telus. Tiada caj tersembunyi.

Makin lama sewa, makin jimat. Semua pakej termasuk kit lengkap.

1 hari

Event sehari & trip ringkas

RM110sehari

Contoh: 1 hari = RM110

Tempah
7–13 hari

Cuti panjang & projek singkat

RM80sehari

Contoh: 7 hari = RM560

Tempah
14–29 hari

Kerja luar & projek

RM60sehari

Contoh: 14 hari = RM840

Tempah
30 hari ke atas

Sewaan bulanan, harga paling jimat

RM40sehari

Contoh: 30 hari = RM1,200

Tempah

Termasuk dalam setiap sewaan

  • Starlink Mini siap aktif + kickstand
  • Kabel & adapter kuasa
  • Beg untuk simpan & bawa
  • Panduan setup ringkas
  • Sokongan WhatsApp sepanjang sewaan
  • Kit dibersih & diuji sebelum dihantar

Deposit RM200

Dipulangkan penuh selepas kit dipulangkan dalam keadaan baik.

Tambahan (pilihan)

Mini Power Station 200W (4 hours continuous usage)+RM10 sehari

Semak tarikh & tempah.

Tempahan dihantar terus kepada kami. Tiada bayaran sehingga tarikh disahkan.

  1. Isi borangPilih tarikh dan cara terima kit. Harga dikira automatik.
  2. Kami sahkanKami hubungi anda untuk sahkan tarikh. Bayar deposit untuk kunci tempahan.
  3. Terima kit & onlineAmbil sendiri atau terima di lokasi anda.
Cara terima kit
Tambahan (pilihan)

Caj tambahan RM10/GB dikenakan untuk penggunaan Ocean Mode.

Anggaran sewaRM0

Kami akan hubungi anda melalui telefon atau e-mel untuk sahkan tempahan.

Soalan lazim.

Tak jumpa jawapan? Tanya kami di WhatsApp

Berapa harga sewa Starlink Mini sehari?
Harga sehari bergantung pada tempoh sewa: RM110 sehari (1 hari), RM100 sehari (2–6 hari), RM80 sehari (7–13 hari), RM60 sehari (14–29 hari), RM40 sehari (30 hari ke atas). Serendah RM40 sehari untuk sewaan bulanan. Deposit RM200 dipulangkan penuh selepas kit dipulangkan. Tiada kontrak dan tiada minimum hari.
Apa itu Starlink Mini?
Starlink Mini ialah kit internet satelit Starlink yang kecil dan mudah alih, lebih kurang saiz laptop dan seberat sekitar 1.1 kg, dengan router WiFi terbina dalam. Ia menerima internet terus dari satelit, jadi boleh digunakan di tempat tanpa liputan telco asalkan nampak langit.
Macam mana nak tempah Starlink Mini?
Isi borang tempahan di laman ini: pilih tarikh ambil dan pulang, cara terima kit dan tambahan. Harga dikira automatik dan tempahan dihantar terus kepada kami. Kami akan hubungi anda untuk sahkan tarikh sebelum anda bayar deposit.
Starlink Mini boleh guna di mana di Malaysia?
Hampir di mana-mana, asalkan ada pandangan langit yang jelas. Sesuai di campsite, pulau, tepi tasik, ladang atau tapak projek. Elakkan guna di bawah pokok lebat, dalam bangunan atau di celah bangunan tinggi kerana halangan boleh melemahkan sambungan.
Berapa laju internet Starlink Mini?
Biasanya puluhan hingga 300+ Mbps, bergantung pada lokasi, cuaca dan kesesakan rangkaian. Cukup untuk video call, meeting online, streaming dan live di TikTok atau Facebook.
Berapa ramai boleh sambung serentak?
Router WiFi terbina dalam menyokong sehingga 128 peranti. Untuk kelajuan paling stabil, elakkan terlalu ramai streaming video HD pada masa yang sama.
Perlu elektrik ke? Boleh guna powerbank?
Ya, Starlink Mini perlukan kuasa sekitar 25–40W. Anda boleh guna soket elektrik biasa (adapter disediakan), powerbank USB-C PD 100W, atau power station/inverter kereta. Powerbank boleh disewa sebagai tambahan.
Macam mana kalau hujan?
Starlink Mini ada rating IP67, tahan hujan dan habuk. Hujan yang sangat lebat mungkin memperlahankan sambungan seketika, tetapi ia akan kembali normal selepas itu.
Berapa deposit dan bila dipulangkan?
Deposit RM200 dibayar semasa tempahan disahkan. Deposit dipulangkan penuh selepas kit dipulangkan dan diperiksa dalam keadaan baik.
Ada minimum hari sewa?
Tiada. Sewa 1 hari pun boleh. Satu hari dikira 24 jam dari masa kit diambil. Makin lama sewa, makin murah harga sehari.
Macam mana nak ambil dan pulangkan kit?
Anda boleh ambil sendiri, minta penghantaran ke lokasi anda, atau terima melalui pos/kurier. Caj penghantaran bergantung pada lokasi dan akan dimaklumkan semasa kami sahkan tempahan.
Kalau kit rosak atau hilang?
Penyewa bertanggungjawab menjaga kit sepanjang tempoh sewaan. Kerosakan akibat kecuaian atau kehilangan akan ditolak daripada deposit atau dicaj mengikut kos baik pulih. Terma penuh dikongsi semasa tempahan.
Boleh sambung tempoh sewa?
Boleh, tertakluk pada ketersediaan. Maklumkan kami di WhatsApp sebelum tarikh pulang dan caj tambahan dikira mengikut kadar harian.
Ada soalan?
Tanya Tempah sekarang